sktbtns.zoom-a.com
SEKOLAH KEBANGSAAN TUNKU BESAR TAMPIN
KM 2 JLN. SEREMBAN TAMPIN Tel : 064411348, Faks : 064411348
e-mel : sktbtns@zoom-a.com
| LAMAN UTAMA | KATA ALU-ALUAN | FALSAFAH PENDIDIKAN | VISI & MISI | LAGU SEKOLAH | STAF AKADEMIK | STAF SOKONGAN | PIBG | KEPUTUSAN UPSR | AKTIVITI | PAUTAN | BUKU PELAWAT | MARQUEE | STAFF SKTBT | PELAN KE SKTBT | MAJLIS PERPISAHAN | WALIMATUL URUS | TAHNIAH, APC 2008 | GPK | Anugerah dan pencapaian | Anugerah dan Pencapaian | Sejarah Sekolah | Untitled | SEJARAH LENCANA | Guru Agama dan JQaf | Untitled |

 

 

 

Sejarah SKTBT

  

 

 Pada 1924, sekolah ini dikenali dengan nama The Government English School, Tampin (GEST) .GEST terletak di rumah Pegawai Perhutanan Tampin, mempunyai hanya satu bilik darjah dan 40 murid lelaki sahaja.

 

Pada 1928, GEST telah dipindahkan ke The Recreation Club Tampin di pekan Tampin bersebelahan dengan pawagam Cathay (kini Pasaraya Tampin) mempunyai 4 bilik darjah (Darjah 1—4) dan ditadbir oleh seorang Guru Besar dan 4 orang guru.

Disembar 1928, satu bangunan berbentuk U telah didirikan di tapak SKTBT sekarang.

 

Pada 1941, apabila tercetusnya peperangan, bangunan ini telah diubahsuai menjadi Hospital Militeri, Murid-murid dipindahkan semula ke GEST. Ketika itu jumlah murid telah mencapai 100 orang.Oleh kerana kekurangan tenaga   pengajar, murid-murid digabung dalam satu kelas tanpa mengira umur ( Reconstruction Classes )

 

Pada 1949, pentadbiran sekolah berjalan dengan lancar dan teratur. Apabila bilangan murid meningkat menjadi 400 orang. Sebahagian daripada murid terpaksa dipindahkan ke Rumah Rehat Tampin.

 

Pada 1953, bangunan sekolah menengah yang dinamakan The Government English School siap dibina untuk menampung murid-murid remaja.

 

Pada 1 Julai 1955, GEST dinamakan Tunku Besar Primary School dan Tunku Besar Secondary School  sempena menghargai jasa YM Tunku Besar Tampin.

 

Pada 1990, bangunan sekolah lama dirobohkan untuk membina bangunan yang baru. Sekolah ini mula beroperasi pada 1994. Ketika itu SKTBT mempunyai    12 bilik darjah,1 bilik sumber, 1 makmal sains, 1 perpustakaan, tandas dan 6 setor.

 

 

 

                                  

 


Zoom A - Program Pembelajaran Secara Interaktif Melalui Internet Yang Tercanggih Di Malaysia

Pelawat: